Kerjaya Suresh Selvathamby

Suresh mula terlibat dalam sukan memanah pada tahun 2012 apabila bekas atlet memanah negara, Suresh Tangaveloo, memberitahunya bahawa jurulatih dan pengurus pasukan memanah Sukan Para ASEAN 2015, M. Puvaneswaran, sedang mencari atlet baharu dan menggalakkannya agar menceburi sukan tersebut. Pada masa tersebut, beliau masih bersekolah di Institut Kemahiran Langkasuka dan tidak dapat berlatih secara konsisten. Walaupun demikian, beliau masih berjaya merangkui pingat perak dalam Sukan Para Malaysia 2012 yang dianjurkan di Pahang. Beliau turut perlu bekerja untuk menampung pembelanjaan keluarga.[4]

Beliau pernah menyertai Sukan Para ASEAN 2014 dan 2017, tetapi tidak berjaya meraihkan pingat.[6] Pada tahun 2018, beliau menyertai Sukan Para Asia di Jakarta dan mendapat tempat kesembilan dalam acara recurve individu terbuka.[7] Beliau turut menyertai Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para Fazza pada tahun 2017 dan 2019, masing-masing meraih sebutir pingat emas dalam kedua-dua pertandingan tersebut.[8]

Beliau telah menyertai kejohanan dunia yang pertamanya pada 2019 di ’s-Hertogenbosch, Belanda. Beliau bertanding dalam acara recurve individu terbuka dan recurve pasukan terbuka.[1] Suresh mendapat johan dalam acara individunya dengan mengalahkan Eric Bennett dari Amerika Syarikat dengan 7-3.[9][10] Beliau merupakan orang Malaysia pertama yang memperoleh keputusan tersebut.

Pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2020, Suresh mencacatkan rekod musimnya yang terbaik pada peringkat ranking recurve individu terbuka.[11] Namun, beliau dikalahkan oleh Bato Tsydendorzhiev dari RPC pada pusingan 1/32 dengan 2-6.[12]

Rujukan

WikiPedia: Suresh Selvathamby http://paralympic.bernama.com/news.php?id=1995173 https://www.astroawani.com/berita-sukan/laluan-pen... https://olympics.com/tokyo-2020/paralympic-games/e... https://olympics.com/tokyo-2020/paralympic-games/r... https://www.mstar.com.my/sukan/personaliti-sukan/2... https://www.nst.com.my/sports/others/2019/06/49528... https://www.thesundaily.my/sport/suresh-wiro-recor... https://www.paralympic.org/news/s-hertogenbosch-20... https://worldarchery.sport/competition/15769/%E2%8... https://worldarchery.sport/news/169134/malaysias-s...